Projek ini diilhamkan bermula dengan penglibatan Srikandi Tun Fatimah dalam Program Kolokium Murid-Murid Projek Khas anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia  pada tahun 2013 dan 2014 yang melibatkan Pelajar  Projek Khas SeMalaysia.

Pada awal tahun 2015, terdapat lebih kurang 70 orang pelajar STF disenaraikan dalam Projek Khas yang merangkumi Pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pelajar Projek Khas ini merupakan pelajar-pelajar yang berasal dari keluarga miskin tegar, miskin dan anak yatim yang terpilih. Mereka ini adalah pelajar pintar yang diberi peluang untuk menyambung pelajaran mereka di STF.

Berikutan keperhatinan terhadap Pelajar Projek Khas ini dan juga pelajar lain yang mungkin memerlukan bantuan, Srikandi melalui Mesyuarat Agung Yang ke-28 pada 16 Mei 2015 telah meluluskan penubuhan TABUNG EHSANI SRIKANDI (TES).